Pages

Wednesday 14 December 2011

Perkongsian Saya menjayakan Penyusuan Buat Anak Tercinta.Amalan selama 2 tahun sehingga Kini

Semalam, seorg sahabat karib saya menyatakan keinginannya untuk "membukukan" kisah perjalanan penyusuan utk ibu2 yg menyusu dan berkerjaya. Antara yg perlu ditekankan adalah mcm mana boleh menyusu anak selama 2 tahun dengan mengepam dan meneruskan penyusuan sehingga sekarang..Ziqri da masuk 2 tahun 1 bulan...masih lagi menyusu badan dan saya belum bercadang nak membekalkan sebarang susu FM untuknya...


Kalau nak diceritakan pengalaman menyusukan Ziqri, mmg saya boleh katakan saya kategori yang "BERCITA-CITA" awal untuk menyusukan sejak saya disahkan mengandung lbh kurang 2 minggu.....saya conceive selepas setahun 8 bulan berkahwin..alhamdulillah even rezeki anak dapat agak lewat,tp saya tetap bersyukur dengan kehadiran permata hati Ziqri. Selain itu, saya sentiasa berdoa, seingat saya sejak disahkan mengandung saya tak pernah lupe untuk BERDOA "Ya Allah kau Benarkan aku menyusu badan, dipermudahkan dan melengkapkan penyusuan SELAMA 2 TAHUN".....doa kene spesifik...dan Allah makbulkan doa itu..ALHAMDULILLAH..


Saya juga agak beruntung kerana mempunyai rakan2 di ofis yang sangat "aware" dengan penyusuan dan mengamalkan pengepaman susu berkala di ofis..Di sini saya nampak, saya MENDAPAT AURA semangat menyusu badan..dan bermulalah penyusuan saya setelah ziqri dilahirkan pada 17 Nov 2009...TETAPI PADA HARI KETIGA , ziqri disahkan ade Jaundice yg agak tinggi..melepasi border...so saya menyusu Ziqri di Hospital dan pd hari ketiga nipple saya mulai luka dan berdarah....sehinggakan saya menangis spjg menyusukan Ziqri..tp dgn hati yg nekad..saya tabahkan hati..tgk org sebelah katil siap mnum susu Anmum n terus bengkak susu..hati saya jadi tak keruan nak merasa susu byk ketika itu..Namun, mmg saya akur, tanpa pengalaman dan hanya berbekalkan pesanan rakan di ofis yg merupakan PC(peer counselor) penyusuan, pengalaman melihat kawan2 mengepam..saya tabahkan hati untuk meneruskan walaupun mcm rasa susu tak keluar...tp setitik2 sahaja..saya nampak Ziqri seolah2 tak puas kerana dia sering menangis stp kali selepas menyusu dan nak diletakkan bawah lampu untk jaundice baby...dan stp kali itu..saya akan angkat dia duduk untk menyusu..melihat perkembagan jaundice Ziqri tidak memberansangkan penurunann bacaannya..mgkin disebabkan tidak berada bawah lampu..hy mengharpkan penyusuan dan seolah2 nurse bgtau susu kurg lagi..saya pun redha meninggalkan Ziqri sehari di wad untk berada lbh di bawah lampu tu..tp saya MEMBEKALKAN SUSU EBM(eXPRESSED bREASTMILK) saya pada Ziqri..Selepas sahaja saya balik dlm keadaan SANGAT SEDIH dan tidak bermaya, tanpa kehadiran Ziqri di sisi...malam tu saya terus bengkak susu..susu terasa penuh..masa tu sy tak smpat pun minum sbarang milk booster...dan saya mengepam dgn cara Mermet sahaja tanpa mesin pam...ALhamdullillah susu dpt dibekalkan, dan esoknya masa menghantar susu pada Ziqri..Ziqri disahkan boleh keluar dari wad..bacaan Jaundicenya menurun banyak..ALHAMDULILLAH..dan saya pun meneruskan penyusuan sehinggala Ziqri skerg..


Namun, sepanjang penyusuan pelbagai onak dan duri yg perlu dlaliui..disebabkan saya tidak begitu prihatin terhadap pengepaman semasa PANTANG..saya hanya mampu buat stok 20 kotak (bekas dadih) dlm masa 2 minggu dan stp satu hanya 20z...Alhamdulillah..boleh survive untuk dihantar ke pengasuh...begitula perjalanan penyusuan sehingga 3 bulan, disebabkan kerap kali menjarakkan masa mengepam sehingga 4 ke 5 jam, susu MERUDUM..


Rakan di ofis mengingtkan untuk mengepam 2jam sekali..dan saya cuba usahakan mengepam 2 jam sekali sehingga Cery(rakan yg mengamalkan suplemen shaklee)berkongsi pengalaman menyusu dengan mengambil suplemen ...Ye, saya pernah mencuba milkbooster seperti Milkmaid Tea dan Halba..tapi diingtkan MilkBosster hy akan membantu jika SESI MENGEPAM KONSISTEN 2 JAM SETP HARI.atau DIRECT FEEDING KPD BABY berlaku dengan sekerap dan sekonsisten mungkin..


Mulai dari mengenal shaklee, saya mengepam dan mengamalkan ESP(Soy Protein), B Complex ,Vitalea atau Multivitamin dan Vitamin C...bezanya ialah..stp kali mengepam susu saya nampak semakin PEKAT, dan stp kali Ziqri mula nak FLU..dia akan mudah pulih dan FLU nya cpt kering...Ini adalah hasil dari tindakbalas Vita C dalam susu badan saya..


Bukan mudah untuk konsisten mengepam 2 jam di ofis dgn kekangan kelas dan kerja yg sentiasa menanti..pernah satu ketika saya mula mengamalkan Mermet sahaja di ofis..tanpa menggunakan pam..Masa tu Ziqri dah pun berusia setahun setengah...Namun perjalanan penuyusuan diteruskan.....Pada mulanya mmg stok yg saya ada cumala hari ni utk esok, tp lama kelamaan ziqri da mula nipple confuse..atau dalam kellymom..ade mention pasal reverse cycle..fenomena reverse cycle ini berlaku kerana anak lebih prefer untuk direct feeding dan tidak memilih penyusuan melalui botol..Kellymom ade mention yang its good kerana anak anda memilih anda..Maka, stok susu saya semakin byk kerana Ziqri kurang menyusu menggunakan botol..


Akhirnya saya mula menyusu ketika Lunch Hour..dan mengurangkan sesi mengepam sehingga Ziqri setahun 8 bulan, saya berhenti mengepam..saya tak bagi sebarang susu FM, tetapi pada siang hari Ziqri da mula makan banyak, da mula minum pelbagai jenis air dan saya bekalkan air horlicks utknya di siang hari..Dan ,berkat Doa saya...Ziqri tak pernah menangis dan refuse air apa sahaja yg dibekalkan pada siang hari..TETAPI..pada malam hari bermula saya mengambilnya di rumah pengasuh..dia akan request untuk nenen..dan sehingga sekarang Ziqri masih menyusu malam  dan ketika bersama saya...Untungnya saya, bila berjalan tak perlu bawa bekalan susu FM, termos air panas..dan segala gajet untuk bekalan susu FM..botol pun Ziqri tak prefer...


Sebab itu diingatkan kepada semua Ibu yang ingin menyusu badan, lengkapkan dengan Ilmu..MIlk Booster hanya membantu tetapi dengan teknik pemakanan yang betul , masa yg tepat dan sesI PENGEPAMAN YG KONSISTEN IAITU 2 JAM...DOA, ZIKIR ketika mengepam adalah sangat digalakkan....dan juga ketenangan semasa mengepam susu..B Complex antara suplemen dan vitamin yang mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan dan seterusnya badan bertenaga untuk mengepam...
di sini saya sertakan antara Checklist untuk BERJAYA DALAM PENYUSUAN ..
CREDIT TO KAK NORITA untuk info ini

Bagi ibu yang menyusu, untuk anda terus dalam medan perjuangan pastikan :

1. Anda sentiasa menyusukan si kecil secara langsung atau lakukan sesi perahan yang konsisten ( tidak lebih 3 jam untuk satu sesi ke sesi berikutnya demi memastikan hormon prolaktin akan terus dirembeskan).

2. Pastikan badan kita mendapat cukup khasiat dari pemakanan harian. Maka jangan sesekali SKIP meals, ini akan membantutkan penghasilan susuibu.

3. Pastikan badan mempunyai cukup bendalir...maka pengambilan air adalah salah satu faktor yang membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu.

4. Cuba kurangkan minuman yang sejuk, yang berkafien kerana ia akan mengganggu penghasilan susuibu dalam jangka panjang.

5. Booster setiap badan si ibu tidak sama, biasanya makanan atau minuman kegemaran yang boleh membuatkan ibu gembira akan meningkatkan penghasilan hormon oksitosin dan susu akan lebih mudah dihasilkan.

6. Si ibu perlu tahu mengawal apa jua atau sebarang bentuk tekanan. Tekanan boleh mengganggu kelancaran penghasilan susuibu.

7. Pengambilan vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan demi memastikan ibu terus sihat dan anak membesar dengan baik.

8. Banyakkan berzikir, solat sunat serta amalan2 murah rezeki seperti bersedekah..

Saya sedia untuk berkongsi pengalaman dan tips untuk anda yang ingn menyusu badan sepenuhnya..Sila email saya untuk sebarang konsultansi atau hubungi saya 0126581768



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...